Kunci Kaabah Laku Terjual £9.2 juta !



KUNCI Kaabah berusia 1,200 tahun laku dijual £9.2 juta di London semalam.

Satu kunci pintu Kaabah berusia 12 abad semalam berjaya dilelang pada harga sekali gus mencatatkan rekor sebagai hasil seni Islam paling mahal pernah dijual.

Kunci tersebut diperbuat daripada besi demgan ukuran 37 sentimeter panjang dilelangg di sebuah rumah lelangan di London, Britain.

Harga kunci itu adalah 18 kali lebih tinggi daripada harga yang jangkaan awal dan dibeli oleh seorang pembida yang enggan dikenali.

Kunci kepada tempat paling suci kepada umat Islam itu merupakan salah satu yang masih berada dalam simpanan peribadi.

Kunci itu juga mempunyai ukiran yang tertulis: “Kunci ini diperbuat untuk rumah suci Tuhan ketika era pemerintah kami Imam anak kepada Imam al-Muqtadi Abu Ja’far al-Mustansir Abu’l-Abbas 573?.

( Reuters)
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

adsensecamp